April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR:
Teka-teki mengenai senarai calon parti MIC yang selama ini dikatakan
kelam-kabut untuk dipastikan dan disahkan dilaporkan sudah mendapat satu
kata pemutus.

Sumber dalaman parti memberitahu The Malaysian Times ( TMT)
bahawa Presidennya Datuk Seri Dr S. Subamaniam dikatakan sudah mendapat
persetujuaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang
juga Pengerusi BN dalam sessi pertemuannya dengan beliau semalam.

Daripada laporan dan sumber yang diterima, Dr Subramaniam yang juga
Menteri Kesihatan akan mempertahankan kerusi Parlimen Segamat untuk
penggal ketiga berturut-turut.

Manakala Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Datuk Seri M. Saravanan
pula sekali lagi akan bertanding di Parlimen Tapah untuk penggal ketiga.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk. P. Kamalanathan
dijangka sekali lagi akan diturunkan di Parlimen Hulu Selangor walaupun
dilaporkan wujud pelbagai tentangan daripada beberapa kumpulan termasuk
daripada sebuah parti politik komponen BN.

Di Parlimen Cameron Highlands, parti dikatakan telah mencadangkan
nama Ketua Pemudanya Datuk C.Sivarraajh yang tewas di di DUN Bentong
pada pilihan raya umum ke-13 lepas.

Persoalannya apakah nasib kerusi tersebut? milik MIC atau MyPPP?

Manakala di Parlimen Sungai Siput pula, nama Timbalan Presiden parti
Datuk Seri S.K . Devamany dikatakan ‘mendahului’ untuk membawa cabaran
MIC dalam misi merampas kembali kawasan tersebut yang satu ketika dulu
menjadi kubu kuat bekas Presiden Tun S. Samy Vellu.

Di Kapar pula, nama Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy menjadi
pilihan di mana beliau dikatakan sudahpun mengerakkan jenterenya di
kawasan tersebut.

Sumber parti berkata, Mohana seharusnya bertanding di Parlimen Kota
Raja di PRU ke-13 lepas namun atas sebab-sebab tertentu namanya
terkeluar di saat-saat terakhir.

Malah pada tahun lepas beliau diarahkan oleh kepimpinan parti untuk
berkerja di Parlimen Cameron Highlands, namun selepas beliau menjalankan
beberapa aktiviti secara agresif di sana, kepimpinan parti dikatakan
‘menarik keluar’ beliau dari sana.

Persoalannya berapa ramai calon wanita akan diturunkan di PRU ke- 14 nanti selain Mohana?

Pada PRU ke 13 lepas, hanya seorang sahaja calon wanita dicalonkan di DUN Port Dickson namun tewas.

Untuk Parlimen Teluk Kemang yang kini telah ditukar nama kepada
Parlimen Port Dickson selepas proses persempadanan semula, MIC sekali
dikatakan menaruh kepercayaan kepada Ketua Peneranganya Datuk V.S. Mogan
yang tewas dengan majoriti nipis di PRU ke – 13 di Parlimen yang sama.

Untuk Parlimen Kota Raja , menurut sumber parti telah mencadangkan nama Ketua Pemuda MIC negeri Selangor, D. Kajendran.

Manakala di Subang yang kini telah ditukar nama kepada Parlimen
Sungai Buloh difahamkan nama Ketua Putera parti itu Uvaraja Maniam
menjadi pilihan. Uvaraja juga merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada
Kamalanathan.

Namun menurut sumber itu lagi, mungkin ada ‘kejutan’ terakhir di
Parlimen yang dikategorikan kritikal khususnya di Sungai Siput, Hulu
Selangor, Sungai Buloh dan Cameron Highlands.


AMARAN PRESIDEN
 
Semalam, Dr Subramaniam menggesa pemimpin dan anggota parti itu
berhenti mengeluarkan kenyataan media meminta kerusi untuk ditandingi
pada pilihan raya umum ke-14 ini.

Beliau berkata MIC hanya akan mencalonkan mereka yang berpeluang
tinggi untuk menang pada pilihan raya itu dan penilaian boleh menang
tersebut akan dibuat menggunakan beberapa kaedah termasuk maklum balas
akar umbi, pusat penilaian, maklum balas pusat operasi Barisan Nasional
(BN) dan lain-lain.

Calon yang peluang menangnya rendah mungkin akan digantikan dengan
mereka yang mempunyai peluang lebih baik, katanya dalam kenyataan, di
sini.

“Matlamat parti pada akhirnya ialah untuk menang sebanyak mungkin kerusi.”

“Saya harap calon berpotensi dan pemimpin sedar akan perkara ini.
Walaupun setiap individu itu penting, parti jauh lebih penting. Bagi
memastikan perjuangan politik MIC berterusan, amat penting untuk ia
mencatat keputusan baik pada pilihan raya ini,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa mereka yang mencabar keputusan kepimpinan parti berhubung calon akan berdepan tindakan tegas.

“Sebarang cubaan untuk untuk mensabotaj kempen pilihan raya oleh
anggota parti akan ditangani dengan tegas. Dewan Tertinggi BN telah
memutuskan parti komponen harus memecat atau menggantung keanggotaan
mereka yang berbuat demikian,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Subramanian mengakui bukan mudah untuk menguruskan
pilihan raya dan ketika berdepan dengan ‘peperangan’, kesediaan untuk
bekerjasama dan perpaduan dalam kalangan anggota parti amat penting.

“Jika kita bersatu dan menggembleng sumber kita, kita boleh mencapai
kejayaan cemerlang. Bersedialah untuk satu ‘pertempuran’ yang hebat,”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons