April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PRU14 I Profesor Dr Abdul Aziz Bari bukanlah nama baru dalam bidang politik.

Beliau pernah menyertai PKR dan bertanding di Sabak Bernam pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun tewas di tangan BN dengan majoriti
1,644 undi.

Pakar perlembagaan itu kemudiannya meninggalkan PKR dan menyertai DAP
pada 2015 kerana baginya parti itu memberi lebih ruang untuknya
memperluaskan bakat dan kepakarannya boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

Menjelang PRU14, terdapat uar-uar mengatakan tokoh itu satu-satunya
nama calon Melayu dari DAP yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri
(Dun) Tebing Tinggi.

Mengakui sudah melakukan usaha kempen di kawasan itu, Aziz berkata
beliau kini menunggu pengumuman rasmi dari DAP berkaitan senarai penuh
calon di perak.


“Tak
pasti lagi saya bertanding tapi dah buat persiapan (di Tebing Tinggi).
Kita masih lagi bergantung kepada Jawatankuasa pusat DAP, itu yang
menentukannya atau tidak.

“Tapi di sesebuah tempat kita tahu mungkin ada yang dah turun
berkempen setahun, enam bulan jadi macam pelancaran dan gimik semua dah
siap, tunggu hari pengumuman calon sahaja,” katanya dalam wawancara
bersama Malaysiakini.

Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini melahirkan keyakinan untuk merampas Perak daripada BN pada PRU14.

HARAPAN juga sepakat mahu memenangi majoriti daripada 59 kerusi DUN
melalui pengagihan kerusi negeri yang akan ditandingi oleh empat parti
dalam gabungan berkenaan.

Pada masa ini, DAP mempunyai 18 wakil di DUN Perak, PKR lima, AMANAH
satu sementara PAS, yang berpisah daripada pakatan pembangkang itu
hampir tiga tahun lalu, mempunyai empat kerusi.
BN menguasai DUN dengan 31 kerusi.

Sedia hadapi persepsi

Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu turut mengakui bersedia
terhadap persepsi bahawa beliau adalah calon menteri besar DAP sekiranya
parti itu memenangi majoriti DUN pada PRU ini.

“Dalam politik kita kena bersedia telahan apa sahaja, bukan itu
sahaja. kalau kita lihat itu menyeronokkan mungkin ada serangan-serangan
lain yang menyebabkan kita tak boleh tidur.

“Orang bebas bercakap, orang bebas memainkan spekulasi ini cuma saya
nak sebut, saya masuk DAP dulu pun spekulasi ini sudah dimainkan
kononnya saya dilihat calon menteri besar Selangor kerana ketika itu DAP
parti paling besar dalam DUN Selangor.

“Sekarang ini memang kita tahu pada 2008, sampai sekarang DAP parti
terbesar mempunyai 18 kerusi DUN jadi spekulasi dan telahan itu tidak
memeranjatkan walaupun DAP belum secara rasmi menyebut perkara itu,”
katanya lagi.

Hormat rakan-rakan dalam HARAPAN

Bekas pensyarah selama 22 tahun itu juga berkata buat masa ini
perkara itu tidak wajar dibincangkan demi menghormati rakan-rakan dalam
HARAPAN.

Aziz ketika ditanya mengenai kebimbangan orang Melayu terhadap bakal
calon menteri besar Perak dari DAP berkata parti itu membuat langkah
selamat dengan meletakkan calon Melayu berkaliber untuk bertanding di
kawasan tertentu.

Katanya lagi, orang Melayu kini telah menolak Umno dan mereka percaya parti lain juga boleh memperjuangkan nasib mereka.


“Orang
Melayu lihat Umno tak seperti dulu dan kebetulan banyak parti Melayu
yang boleh nyatakan perjuangkan nasib termasuk DAP sendiri.

“Jadi monopoli Melayu Islam bukan macam dulu, dan orang Melayu dah
terbuka minda, dulu tak terfikir nak pilih parti lain. Macam orang andai
PKR boleh hidup enam bulan sahaja, sekarang dah hampir 20 tahun dan dah
jadi logo HARAPAN, begitu juga AMANAH yang majoritinya Melayu.

“Jadi Melayu dan DAP seharusnya dilihat dalam konteks itu juga. Orang
Melayu tak lagi melihat Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Umno,”
katanya.

Anak kelahiran Sabak Bernam itu turut mengingatkan senario politik
masa ini sudah berubah kerana rakyat bukan lagi dalam proses mencukupkan
jumlah pembangkang sebaliknya bercakap soal menukar kerajaan.

“Dalam dua PRU kebelakangan ini buat pertama kali kita lihat BN dalam
keadaan terdesak. Saya tak pernah tengok dalam tempoh 40 tahun BN dalam
keadaan begini,” tambahnya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons