April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SARINA ISMAIL

 

 

BALING: Misi PAS untuk
kembali menerajui Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini tambah
bersemangat dengan penyertaan bekas Naib Presiden Kelab Umno di Kaherah.

 

Sollehuddin Lebai Yaacob bersama Umno
selama 38 tahun mengambil keputusan meninggalkan parti itu sempena
program ceramah di tapak Pondok Ittifaqiah Kampung Charuk Puteh.

 

Beliau bersama 30 ahli Umno menyerah borang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

 

Turut hadir pada program bersejarah itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Najmi Ahmad dan ahli jawatankuasa PAS Baling.

Sollehuddin berkata, beliau menyertai PAS setelah melihat Umno tidak mampu lagi untuk menjaga hak Islam dan orang Melayu. HARAKAHDAILY 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons