April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LANGKAWI 12 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan manifesto kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) menguruskan ekonomi negara bukan senjata politik seperti ditohmah pembangkang.

Perdana Menteri itu berkata, perkembangan ekonomi baik dapat memastikan hasil yang diperoleh dikongsi bersama rakyat melalui bantuan itu.

“Kita buat BR1M kerana nak tolong rakyat, bukan apa semua dapat yang sokong BN dapat, tak sokong pun dapat.

“Ini bukan senjata politik, ini prinsip pengagihan kekayaan negara, kita ambil cukai daripada pelbagai hasil negara seperti minyak dan sebagainya bagi kepada rakyat. Apa salahnya, “ katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mengulas lanjut katanya, oleh itu manifesto BN yang dibentangkan beliau sebelum ini bersifat realitistik dengan tidak menjanjikan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap ekonomi negara.

“Kalau pembangkang kata dia akan memansuhkan semua tol di dalam negara kita, tetapi anehnya bapa tol itu zaman dia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) yang buat tol, bukan zaman saya, zaman saya mengurangkan tol, zaman dia tambah tol.

“Habis sekarang dia pula nak mansuhkan tol. Walhal nak mansuhkan tol, ganti ruginya RM380 bilion, mana nak dapat RM380 bilion ini, bukan sikit fulusnya, masuk akal ke tidak, tidak masuk akal, tak rasional,” katanya.

Perdana menteri berkata, sebab itu manifesto pembangkang itu tidak mendapat rating daripada mana-mana pihak termasuk antarabangsa. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons