April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 SEBERANG PRAI – Pada saat PAS dakwa bahawa mereka difitnah makan duit UMNO, Dr Azman menyatakan dalam satu tulisan Facebook beliau bahawa sememangnya wujud pemberian wang UMNO kepada PAS secara sulit. Cuma didakwa bahawa pemberian secara sulit itu telah dibocorkan oleh UMNO sendiri. 

 “Rupanya tidak ikhlas UMNO bagi pitih (duit) kepada PAS. Bagi lepas tu bocor rahsia kepada PH”, Tulis Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim dalam Facebook peribadi beliau yang tersebar dalam whatsapp. 

 Sebelum ini, dakwaan pertemuan sulit PAS dengan UMNO, pernah pihak PAS dakwa ia sebagai fitnah, lalu terbukti sebagai benar. Begitujuga, sebelum ini pernah ada dakwaan bahawa PAS menyokong UMNO yang dituduh sebagai fitnah. Namun, kemudiannya terbukti bahawa ia adalah benar. 

 Begitujuga dengan dakwaan Mahfuz Umar baru-baru ini bahawa ada dua akaun yang melibatkan PAS, yang masing-masing sebanyak RM 1juta dan satu lagi sebanyak RM 1.5 juta telah dimasukkan duit oleh pemimpin UMNO tertentu.
9

 Walaupun ada sebilangan Facebooker PAS mendakwa bahawa ia adalah fitnah, malahan dikatakan oleh Presiden PAS sebagai tidak munasabah. Namun, selepas itu ia diakui benar oleh Dr Azman Ibrahim yang merupakan pemimpin PAS di peringkat Terengganu.  

 Bukan sekadar Dr Azman, malahan ia tidak dinafikan oleh pimpinan PAS yang lain.
9
Seorang Facebooker terkenal, Ahmad Muslim Badawi menyatakan bahawa beliau menonton video pemimpin PAS yang menjawab dakwaan Mahfuz tersebut. Beliau merasa terkejut kerana dalam video terbabit, PAS tidak berani menafikan dakwaan itu. 

 “Takiyyudin kata.. dia minta Mahfuz buktikan ia satu kesalahan, (jika) ia satu perbuatan Rasuah.. dan kalau salah dia minta lapor SPRM.

  “maksudnya depa (mereka) tak nafikan mereka terima duit UMNO..cuma depa tafsirkan ia bukan satu Rasuah..”, Tulis Ahmad Muslim Badawi dalam Facebook beliau. ~ sumber



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons