April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Wartawan MalaysiaGazette
IMBAS
KEMBALI..Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) melihat
kereta Mercedes Benz jenis GLE 450 sambil diiringi Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga kiri) dan
Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman (kiri) semasa melawat ruang
pameran Wisma Yayasan PEKEMA di Sentral Star, Cyberjaya. pada 14 Januari
2017.foto FAREEZ FADZIL,.


KUALA LUMPUR – Jualan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) bagi suku
pertama tahun ini naik 13.2 peratus kepada 3,335 kenderaan berbanding
suku yang sama pada tahun 2017.

MBM berkata, bulan Januari lepas sahaja telah mencatatkan jualan
kenderaan sebanyak 1,200 buah – naik 32 peratus berbanding Januari 2017.

“Mercedes-Benz kekal sebagai jenama premium terkemuka di Malaysia dengan penguasaan bahagian pasaran sebanyak 2.8 peratus.

“Ini disebabkan strategi kami yang berteraskan pelanggan yang membawa
kepada produk dan perkhidmatan yang unggul,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, MBM juga komited untuk melabur dalam perkhidmatan pelanggan dan pembangunan rangkaian.

Bagi tempoh di bawah kajian, limousin pemasangan tempatan dan kereta
kompak, masing-masing menokok lapan peratus dan 37.3 peratus berbanding
dengan tempoh yang sama pada tahun lepas.-MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons