April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 12 April – Majlis Persatuan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Setiawangsa menerima sumbangan kira-kira RM76,000 daripada Yayasan Amal Wangsa dalam Majlis Silaturahim dan Ramah Mesra yang diadakan di Pusat Komuniti Setiawangsa di sini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Penaung Yayasan tersebut, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Seramai 76 wakil penduduk dari lima Zon Setiawangsa menerima cek berjumlah RM1,000 sambil disaksikan lebih 200 Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa yang hadir pada majlis tersebut.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Gabungan Pengerusi-pengerusi Persatuan Penduduk Wilayah Persekutuan, Datuk Razak Abdul Karim. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons