April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Datuk Seri Najib Razak hari ini menyindir Lim Guan Eng tentang isu banglo dan terowong di laman Facebooknya.

“Petang ini saya di Pulau Pinang, bukan untuk tengok banglo atau terowong tak siap, tapi untuk tengok gelombang kebangkitan biru di sini. 

Daripada sambutan yang saya terima di Balik Pulau tadi, saya yakin penduduk Pulau Pinang akan #BersamaBN #HebatkanNegaraku!,” katanya dalam kenyataan itu.

Isu banglo dan terowong adalah dua isu yang sering dijadikan modal oleh Barisan Nasional bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang terutamanya imej Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Untuk rekod, kes perbicaraan pembelian banglo Lim Guan Eng baru sahaja bermula pada 26 Mac yang lepas. Banglo yang berharga RM2.8 juta itu didakwa dibeli di bawah harga pasaran daripada Phang Li Koon pada tahun 2014.

Phang dan Guan Eng masing-masing menafikan dakwaan salahlaku dalam urusniaga berkenaan.

Kes disiasat SPRM selepas pelbagai pihak tampil membuat laporan pada tahun 2016. Isu tersebut pada awalnya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Selepas dua tahun barulah perbicaraannya bermula. Ramai percaya ia ada kaitan dengan musim pilihanraya bagi menekan kedudukan Lim Guan Eng.

Manakala isu terowong pula mula menjadi sensasi apabila kerajaan negeri diserang oleh MCA dan beberapa NGO masyarakat termasuklah disiasat oleh SPRM.

Baru-baru ini Zenith mendakwa telah membayar ahli perniagaan N.Gnanaraja sebanyak 19 juta bagi membolehkan SPRM tidak menyiasat tender projek pembinaan terowong. Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim turut didakwa menerima wang 3 juta dari syarikat itu.

Bagaimanapun Abdul Azeez kemudiannya menafikan perkara tersebut dalam satu kenyataan.

Baca : Zenith tuntut semula wang 19 juta dan 3 juta dari dua individu!

Berbeza dalam isu pembelian banglo 2.8 juta, Lim Guan Eng sebenarnya lebih teruk dikritik dalam isu pembinaan terowong.

Terutamanya apabila gagal hadir untuk berdebat dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong yang terletak di Kampung Paya, Butterworth pada 30 Mac lalu.

Alasan tidak hadir yang diberikan oleh Guan Eng ketika itu kepada Ka Siong ialah Timbalan Presiden MCA itu seharusnya bertanding di Bagan terlebih dahulu jika mahu berdebat dengannya.

Malahan, Guan Eng juga mencabar Ka Siong untuk menganjurkan debat dengan dua topik utama iaitu isu 1MDB dan projek pembinaan terowong jika mahu beliau hadir berdebat. – 13 April 2018.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons