April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 12 April -Britain akan mengadakan sidang dewan eksekutif Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) Rabu depan selepas badan itu mengeluarkan laporan yang mengesahkan penemuan Britain mengenai identiti ajen saraf yang digunakan dalam serangan bulan lepas.

Pemerhati senjata kimia dunia itu mengesahkan kajian Britain bahawa agen saraf yang digunakan dalam serangan ke atas bekas pengintip Kremlin dan anaknya di England bulan lalu berasal dari Rusia.

Contoh yang diuji di empat makmal OPCW mengesahkan kajian di United Kingdom (UK) bagi mengenal pasti kimia toksik tersebut, menurut rumusan laporan kumpulan beribu pejabat di The Hague itu yang disiarkan di London.

“Kami kini akan bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan rakan kongsi kami untuk membantu menghapuskan penggunaan senjata seperti ini dan kami telah membuat panggilan untuk mengadakan sesi Majlis Eksekutif OPCW pada 18 April ini bagi membincangkan langkah seterusnya,” kata Setiausaha Luar, Boris Johnson dalam satu kenyataan.-AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons