April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ALOR SETAR 13 April – Langkah bekas pemimpin buangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menyertai PAN pada ‘minit’ terakhir menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nyata berbaloi apabila beliau terpilih untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena sebagai calon gabungan pembangkang PKR. 

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Presiden PAN, Mohamad Sabu ketika beliau memperkenalkan calon-calon PAN yang akan mewakili gabungan tersebut di Hutan Kampung, dekat sini, malam tadi. 

Pencalonan itu sememangnya sudah dijangka ketika Mahfuz sememangnya banyak diberi kelebihan biar pun baru saja menyertai parti itu tidak sampai sebulan lalu termasuk diangkat menjadi Naib Presiden parti dalam tempoh tidak sampai dua minggu beliau menyertai PAN. 

Selain Mahfuz antara individu yang bakal diangkat menjadi calon adalah Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur serta timbalannya, Datuk Dr. Phahrolrazi Mohd. Radzi. 

Sementara itu dalam sidang akhbar selepas majlis memperkenalkan calon dan siri ceramah tersebut, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mengakui terdapat perbezaan pandangan dalam parti termasuk di peringkat akar umbi berhubung pemilihan calon yang dinamakan.

“Memang mana-mana calon pun takkan dapat sokongan 100 peratus. Di peringkat akar umbi, umum calon mana sekali pun akan ada berbeza pandangan. 

“Semuanya begitu termasuk UMNO sekali pun. Tetapi apabila diputuskan, mereka akan menerimanya dan semua pihak akan bekerja mengikut apa yang diputuskan parti,”katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons