April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 12 April – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia untuk hadir sebagai saksi perbicaraan di Mahkamah Tinggi 3, Jalan Duta di sini.

Pegawai Komunikasi Korporat Polis Kuala Lumpur, Inspektor Wan Faraheeda Wan Muhamad Saleh berkata, alamat terakhir wanita yang dikenali sebagai Yuli Yanti, 28 tersebut adalah di tingkat 25, Menara A, East Wing, Berjaya Times Square, Jalan Imbi.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Norbariah Fazuan Ramli di talian 012-700 9478 atau IPD Dang Wangi di 03-2600 2222.

“Selain itu, mereka yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur di 03-21159999 dan khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons