April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Mohammad Arif Nizam
Prof.
Mazlan Ali bercakap pada Program Bicara PRU-14 Malaysia Memilih di
Persada Canselori Universiti Kebangsaaan Malaysia Bangi, Selangor. foto
IQBAL BASRI
 

BANGI – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad
diramal mampu menang mudah jika bertanding di Parlimen Langkawi tetapi
bukan di Putrajaya.

Itu analisis Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.

“Mahathir hendak menjadi Perdana Menteri jika PH menang PRU-14. Jadi beliau perlu mencari kawasan yang selamat.

“Jadi jika beliau bertanding di Parlimen Langkawi, beliau pasti
menang. Jika beliau bertanding di Putrajaya, beliau pasti kalah,”
katanya sebagai panelis Bicara Persada ke-43 bertajuk PRU-14: Malaysia
Memilih di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Pada program anjuran Jabatan Canselori dan Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan (FSSK) UKM itu, Mazlan yang juga Pensyarah Bahagian Politik
dan Dasar Awam, Sekolah Perdana UTM menjadi salah seorang panelis.

Panelis lain adalah Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof
Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pensyarah Pusat Penyelidikan Sejarah,
Politik dan Keselamatan FSSK, Prof Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff
dan Pensyarah Pusat Penyelidikan Impak Media dan Industri Kreatif, Prof
Madya Dr. Chang Peng Kee.

Sementara itu, Mazlan yang juga pemerhati politik berkata, populariti PH semakin meningkat ketika ini kerana pengaruh Mahathir.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Justeru, beliau menegaskan, pengaruh bekas Perdana Meteri keempat itu tidak boleh diperkecilkan dan dipandang mudah.

 


“Mahathir dan parti pembangkang lain sebenarnya saling menggunakan. Mahathir guna pembangkang dan begitu sebaliknya.

“Mahathir hendak hendak capai matlamat untuk untuk jatuh kerajaan yang ada dan terpaksa guna plafform pembangkang.

“Pembangkang pula perlu Mahathir kerana sebelum ini mereka tidak
berjaya menumbangkan kerajaan. Jadi peluang ada untuk jatuh kerajaan
kemungkinan boleh jika menggunakan pengaruh Mahathir. Pengaruh Mahathir
masih kuat dan kita jangan pandang rendah,” katanya.

Ditanya tujuan utama Mahathir ingin menjatuhkan kerajaan Barisan
Nasional sedia ada, Mazlan berkata, rakyat tidak tahu apa yang tersemat
di dalam hati pemimpin berusia 93 itu.

“Beliau selalu cakap hendak selamatkan negara dan kepincangan yang
ada. Dalam UMNO, beliau tidak boleh berbuat demikian kerana disekat
daripada awal. Jadi, parti pembangkang adalah jalan yang ada,” katanya. –
MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons