April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Agen NED yang mahu memastikan New World Order acuan Amerika Syarikat berlaku di Malaysia, Cynthia Gabriel mengeluarkan satu kenyataan yang agak kelakar dan lucu.

Pengerusi C4 (Centre to Combat Corruption and Cronysm), Cynthia Gabriel menyeru para pengundi agar menolak calon-calon yang terlibat dan dituduh rasuah. Antara calon-calon yang dinamakannya adalah Isa Samad calon DUN di Negeri Sembilan dan Shahrizat Abdul Jalil, di Parlimen Bandar Tun Razak. (RUJUK SINI)

Menurutnya, indeks Malaysia dalam Transparency International’s Corruption Perceptions Index 2017 telah jatuh 7 anak tangga sekaligus meletakkan Malaysia pada tangga 115 dunia.

Katanya lagi, apa yang perlu dilakukan oleh para pengundi ialah menentang dan menghapuskan rasuah secara sepenuhnya manakala para pemimpin yang korupsi pula perlu ditunjukkan pintu keluar kerana mereka tidak mempunyai tempat dalam politik.

Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO merupakan satu-satunya parti yang menghantar nama-nama kepada SPRM untuk disaring dan diamat-amati. DAP pula, enggan menghantar sebarang nama atas alasan, mempunyai mekanisme yang lebih baik dalam memerangi rasuah dalam parti. PKR pula memberikan alasan, TIDAK PERCAYA KEPADA SPRM dan SIAPA SPRM. PAN dan PPBM tidak memberikan sebarang alasan walaupun turut tidak menghantar nama-nama calon mereka untuk disaring dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (RUJUK SINI)

DAP berhadapan dengan aib yang besar apabila Setiausaha Agung mereka yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta beberapa orang pemimpin negeri Pulau Pinang dari DAP yang dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa. Salah seorang daripada mereka adalah Phee Boon Poh pula terbabit dalam kilang haram di Bukit Mertajam yang menyaksikan, ADUN Penanti dari PKR dimusuhi oleh DAP dan Lim Guan Eng kerana telah mendedahkan perkara berkenaan.

Begitu juga dengan pendedahan membabitkan skandal terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai berbilion-bilion ringgit. Untuk menutup aib tersebut, DAP bersungguh-sungguh cuba memalukan isteri Perdana Menteri dan mengaitkannya dengan pembaziran wang negara. Namun pendedahan balas kemudian mendapati, isteri Lim Guan Eng, Betty Chew terlibat dalam pencaturan perniagaan hartanah di seluruh Pulau Pinang menerusi Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang menggunakan Pejabat Ketua Menteri di mana Lim Guan Eng sendiri adalah Exco Tanah selain percutian mewah di Eropah membabitkan pasangan tersebut.

Terdapat banyak pendedahan tentang skandal kewangan dan rasuah di Pulau Pinang, khususnya yang melibatkan penjualan tanah dan aset-aset negeri selain sabotaj terhadap pembinaan rumah-rumah kos rendah bagi membolehkan pembangunan hartanah bernilai tinggi dibangunkan di seluruh Pulau Pinang bertujuan mengaut keuntungan besar.

Di Selangor pula, beberapa pendedahan termasuklah penangkapan anak saudara Menteri Besar Azmin Ali berhubung skandal pasir dan rasuah, turut memalukan Pakatan. Tidak sahaja skandal pasir, wujud pula skandal penyelewengan UNISEL, tanah peneroka Ijok, tanah peneroka Bukit Cherakah, pintu gerbang Kota Darul Ehsan dan yang paling terbaharu adalah saman SPLASH bernilai lebih RM4 bilion yang boleh menyebabkan negeri Selangor muflis!

Mengapa agaknya, Cynthia Gabriel yang diketahui bekerja untuk pihak asing bersungguh-sungguh bercakap tentang rasuah yang membabitkan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN, walhal ada antara mereka, tidak terbabit langsung dengan masalah perundangan, sebaliknya menang pula saman fitnah ke atas penfitnah dari Pakatan berbanding memperkatakan tentang rasuah di kalangan para pemimpin DAP dan PKR khususnya di Pulau Pinang dan Selangor?

Atau sebenarnya Cynthia Gabriel yang juga kita ketahui amat kuat menyokong DAP, sebenarnya memberi isyarat kepada pengundi-pengundi di Pulau Pinang dan Selangor agar menolak Lim Guan Eng dan konco-konconya yang kuat mentekedaghah rasuah selain menafikan kedudukan Azmin Ali yang dirancang sebagai bakal Perdana Menteri oleh Dr. Mahathir kerana belenggu rasuah dan skandal kewangan yang teruk?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons