April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Jamal Yunos mahu bekas perdana menteri itu
bertanggungjawab terhadap tindakannya menggunakan media untuk melaporkan
kes amukan Prebet Adam bagi memburukkan kerabat diraja Johor.

 

 

 

KUALA
LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos
menggesa polis menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya
menggunakan insiden Prebet Adam Jaafar mengamuk di Chow Kit pada 1987
untuk memburukkan kerabat diraja Johor.

Beliau mendakwa bekas perdana menteri itu menggunakan media untuk
melaporkan kes amukan Prebet Adam yang dikaitkan dengan kerabat diraja
Johor dan cuba menarik balik keistimewaan raja Melayu.

“Saya buat satu laporan polis tentang kes 30 tahun lalu, iaitu kes
Prebet Adam digunakan Dr Mahathir untuk mengaitkan kerabat diraja Johor.

“Apa yang Dr Mahathir lakukan kepada rakyat Malaysia dengan
menggunakan media ketika itu dikawal sepenuhnya, hampir semua rakyat
dalam negara ini percaya dengan dakwaan itu.

“Hakikatnya, selepas 30 tahun didedahkan keluarga Prebet Adam itu
satu fitnah dan perbuatan menipu,” katanya di Ibu Pejabat Daerah (IPD)
Dang Wangi hari ini.

Semalam, Hawa Jaafar, adik perempuan Prebet Adam memohon maaf kepada
kerabat diraja Johor yang diheret dalam insiden amukan abangnya.

Hawa berkata, abangnya mengamuk disebabkan masalah di tempat kerja,
bukannya kerana adik mereka yang dikatakan seorang kedi, didakwa dibunuh
Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Beliau berkata, keluarganya tiada kaitan dan tidak mengenali mahupun berjumpa dengan kerabat diraja Johor.

Tindakan Prebet Adam melepaskan tembakan rambang dengan senapang M16
di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987 menyebabkan seorang
lelaki terbunuh.

Adam ialah anak sulung, manakala Hawa ialah anak ke-2 daripada 9 beradik.

Jamal berkata, Dr Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya itu.

“Saya ingin desak apa kaedah dan undang-undang ada digunakan untuk
siasat Dr Mahathir kerana perbuatan beliau menyebabkan seluruh rakyat
Malaysia ditipu.”

Insiden Prebet Adam kembali mendapat perhatian media selepas Tunku
Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membangkitkan isu itu ketika
mengkritik “individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana
menteri” di Facebook Johor Southern Tigers pada 7 April lalu.

LIHAT VIDEO DI SINI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons