April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Grup-grup WhatsApp termasuklah yang pro-Pakatan turut membincangkan kemelut pembahagian kerusi di Selangor yang masih belum selesai. Walaupun cuba menafikan pertikaian tersebut, sebaliknya cuba menggambarkan Pakatan Harapan Selangor berada dalam keadaan bersedia, hakikatnya pengesahan daripada pemimpin Pakatan Selangor sendiri menunjukkan isu pembahagian kerusi masih belum selesai.

Ada yang membuat tuduhan, PKR mahu membolot kesemua kerusi DUN di Selangor terutama sekali yang dilihat berpotensi untuk menang. Manakala kerusi-kerusi yang dilihat sukar dimenangi diserahkan kepada PAN dan PPBM yang bertanding menggunakan logo PKR pada PRU kali ini. 

Daripada keempat-empat parti komponen Pakatan Harapan di Selangor, hanya DAP sahaja yang ‘bebas’ memilih kerusi-kerusi untuk mereka tandingi. Selain daripada kuota DAP yang membolot kerusi-kerusi bermajoriti Cina, DAP turut mengintai kerusi-kerusi yang mempunyai campuran pengundi yang mempunyai peratusan Cina ramai termasuklah yang pernah ditandingi dan disandang oleh PAS. 

Khalid Samad yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, mendedahkan wujudnya kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Selangor yang yang berpunca daripada dua faktor.

Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendedahkan kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Selangor berpunca daripada dua faktor.

Menurut Khalid Samad, kesemua parti komponen Pakatan Harapan berebut kerusi yang dijamin boleh menang, manakala kerusi-kerusi yang sukar menang pula, ditolak. Disebabkan itulah, pembahagian kerusi Pakatan Harapan Selangor masih lagi tersangkut. 

“Sebab itu dia sangkut, jadi nak beri pun orang tolak dan mana yang nak ambil, semua orang tarik,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini. (RUJUK SINI)

Dia berkata demikian ketika mengulas faktor utama mengapa HARAPAN mengambil masa yang agak lama bagi memutuskan agihan kerusi di negeri itu.

Tarikh PRU 14 telah ditetapkan pada 9 Mei depan, namun rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kalangan mereka difahamkan masih belum selesai.

Rupa-rupanya penggunaan logo yang sama juga, masih tidak menyelesaikan masalah. Yang pasti, DAP tetap untung besar!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons