April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA BHARU 13 April – PAN tidak menolak kemungkinan untuk mengangkat Naib Presidennya, Husam Musa atau anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai calon Menteri Besar.

Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah berkata, setakat ini belum ada perbincangan rasmi serta keputusan muktamad sekiranya gabungan pembangkang PKR berjaya menawan negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Calon Menteri Besar kita tidak bincang lagi, kalau ikut Penasihat DAP, Lim Kit Siang dulu, beliau kata Husam sebagai Menteri Besar di negeri ini. Namun, Husam pula pernah berkata di hadapan rakyat sekiranya Nik Omar bertanding (tiket PAN) dan menang, beliau akan diangkat sebagai Menteri Besar.

“Ini supaya Nik Omar boleh menyambung legasi Tok Guru di negeri ini. Walau bagaimanapun, keputusan itu akan diputuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan,” jelasnya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Wan Abd. Rahim, desas-desus yang mengatakan anak kedua Allahyarham Nik Abdul Aziz iaitu Nik Omar bakal menyertai PAN adalah sahih, bukan khabar angin.

“Berita itu betul dan esok kita akan memberikan jawapan muktamad. Ini kerana, fikrah dan pemikiran beliau sudah selari dengan kita, namun ada masalah teknikal berkaitan keluarga yang sedang diselesaikan.

“Insya Allah, halangan daripada pihak keluarga beliau boleh diatasi kerana Husam sendiri sudah lama pernah memberikan tawaran secara terbuka kepada Nik Omar untuk menyertai PAN,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons