April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tol Percuma untuk rakyat P.Pinang yang menggunakan motosikal jika BN merampas kembali negeri ini . So , apa yang perlu penduduk negeri ini fikir lagi ??

Menagih janji kerajaan DAP sebanyak 51 belum terbuat , beri mandat semula kepada BN selama 5 tahun yang mempunyai rekod kemampuan melaksanakan janji !!

#JOMBN #BersamaBN #HebatkanNegaraku #SavePenang 

BALIK PULAU: Tol bagi laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang akan dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, janji itu adalah tambahan kepada manifesto BN sebelum ini yang turut menjanjikan 65,000 rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang.

“Kita juga sedia menambah bilangan rumah mampu milik yang dijanjikan akan dibina sekiranya berjaya merampas negeri ini.

“BN mempunyai rekod dan kemampuan melaksanakan semua janji yang dibuat, bukannya seperti kerajaan negeri yang mempunyai 51 janji yang belum ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Balik Pulau Bersama Perdana Menteri yang dihadiri kira-kira 10,000 penduduk di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman. – Berita Harian



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons