April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Konon melaungkan demokrasi, tapi sebenarnya DAP lah parti yang paling mengamalkan pentadbiran kuku besi. Tak percaya? Lihat saja senarai pemimpin Pakatan yang jadi mangsa kuku besi parti milik anak beranak Dinasti Lim ini.

Contoh paling dekat, ADUN Pakatan di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir DAP sejak 2008. ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu 'angkat kaki' selepas asyik ditekan Lim Guan Eng selepas dia bangkitkan isu tanah runtuh. ADUN Penanti dari PKR, Norlela Ariffin juga 'dimangsakan' selepas bangkitkan isu kilang haram. Sebelum ini, bekas ADUN Jawi, Tan Beng Huat juga pernah dedahkan bahawa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah punca dia tinggalkan DAP.

Bukan saja di Pulau Pinang. Beberapa pemimpin DAP di Melaka turut 'angkat kaki' sebab muak dengan anak beranak Lim ini. Mereka ialah MP Kota Melaka, Sim Tong Him; ADUN Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong. Dan, mangsa paling terbaru ialah Dr Tan Seng Giaw yang digugurkan sebagai calon PRU14 gara-gara pertahankan DS Najib isu 1MDB. Inilah wajah sebenar DAP.

#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons