April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DAP adalah parti yang gemar membuat pertaruhan. Wakil rakyatnya tidak pernah segan melompat ke tempat baharu. Pemimpin-pemimpin juga tidak malu mengeluarkan kenyataan-kenyataan bercanggah.

Semasa berkawan dengan Pas sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun 2013, DAP pernah sampai ke peringkat merelakan sahaja hukum hudud diletakkan bersebelahan agenda mereka.

Perpecahan pakatan itu bagaimanapun membuktikan DAP tidak pernah ‘mesra’ pun dengan agenda negara Islam kerana matlamat dari awal mereka adalah untuk mendapatkan pengundi Melayu.

Kali ini, bagi PRU-14, DAP sekali lagi membuat pertaruhan besar apabila menyatakan logo roket milik parti itu akan ditanggalkan sementara bagi ‘pengorbanan’ menggunakan logo mata PKR.

Biarpun penyokong-penyokong veteran parti meluahkan kekesalan namun pimpinan DAP hanya mahu melihat ‘keuntungan’ lebih besar iaitu tidak melepaskan peluang mendapatkan undi Melayu.

Penggunaan logo PKR membolehkan pimpinan DAP tidak lagi berada di belakang pentas sebaliknya bergerak lebih agresif kerana rakyat tidak sedar kepada siapa undi itu sebenarnya diberikan.

Bahkan kerana terlalu berkehendakkan undi Melayu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, baru-baru ini tanpa segan-silu, sanggup menuturkan pepatah ‘Takkan Melayu hilang di dunia’.

Di sebalik segala kemanisan, DAP pada prinsipnya sama sekali tidak meminggirkan agenda Malaysian Malaysia tetapi demi undi Melayu, segalanya boleh dilakukan dan tidak semestinya setiap kemesraan memerlukan kebertanggungjawaban. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons