April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

BUKIT KAYU HITAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir
Mohamad nafi memiliki saham dalam kedai roti premium, The Loaf, yang
menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

 

Katanya, beliau hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

 

“Saham itu dianugerahkan kepada saya selepas merasmikan syarikat
terbabit ketika menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita
selepas ceramah umum di Bukit Tangga di sini malam tadi.

 

Penutupan itu disiarkan menerusi satu notis yang dimuatnaik dalam media
sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan
mereka.

 

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup
sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif
utamanya.

 

Ia turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggannya di atas sokongan diberikan kepada mereka sepanjang 12 tahun.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons