April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Setelah 12 tahun mengalami kerugian setiap tahun, semalam, kedai roti milik calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir, The Loaf, telah ditutup.

Hari ini, Tun Dr Mahathir menafikan beliau memiliki saham dalam kedai roti The Loaf. Carian ke atas M&M Consolidated Resources Sdn Bhd, pemilik The Loaf Bakery, mendapati dua Pengarah Syarikat adalah Tun Dr Mahathir suami isteri.

Kenapakah Tun Dr Mahathir mahu berbohong di dalam bab pemilikan kedai roti ini? Pasal kedai roti pun beliau hendak auta Rakyat, apatah lagi hal-hal besar yang lain.


Cakap besar sembang kencang hendak Selamatkan Malaysia, kedai roti sendiri pun tidak mampu hendak selamatkan. 12 tahun kedai roti sendiri mengalami kerugian setiap tahun, bagaimana beliau hendak mentadbir negara sekali lagi? 


Mungkin beliau auta berkata The Loaf bukan dia punya, mungkin kerana malu hendak mengaku kegagalan beliau.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons