April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
berkata beliau bersedia pada bila-bila masa jika dicalonkan pada Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

 

“Jika pada PRU-14 ini saya dicalonkan sama ada di kerusi Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri (DUN), saya menerimanya kerana saya sudah bersedia
dari segi mental dan fizikal.

 

“Umur saya bukannya terlalu tua, saya baharu 63 tahun jika dibandingkan dengan ketua pembangkang sekarang, yang sudah 90-an. 

 

“Bagaimanapun, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti termasuk kawasan untuk ditandingi,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Pertemuan Iranun Nusantara di sini, hari ini.

 

Majlis kali kedua itu yang turut dihadiri masyarakat Iranun dari
Indonesia dan Filipina, adalah anjuran Persatuan Bahasa dan Kebudayaan
Iranun Sabah (BKI).

 

Pandikar Amin yang juga penaung BKI berkata, beliau sedia menerima
bertanding di mana saja kawasan kerana itu adalah satu cabaran.

 

“Jika saya dipilih itu adalah satu cabaran dan begitu juga jika
sebaliknya. Tiada petunjuk daripada mana-mana pemimpin atasan untuk saya
kembali aktif dalam politik kerana sejujurnya saya hanya menyatakan
suara hati bahawa saya bersedia sekiranya dipilih.

 

“Saya tidak menjadi calon sejak 2008 iaitu PRU-12…dan itu ok pada
saya,” katanya sambil menambah telah membayangkan untuk aktif dalam
politik sejak tahun lalu ketika siri jelajah Pertubuhan Bumis Sabah
Bersatu (USBO).

 

Pandikar Amin yang juga Presiden USBO, menceburi bidang politik pada
1982 dan pernah menjadi Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR), sebuah
parti politik dari Sabah yang telah dibubarkan.

 

Beliau juga menyandang kerusi DUN Tempasuk pada tahun 1994 hingga 1999,
dilantik sebagai Senator pada tahun 1999 sehingga tahun 2002 dan
bertanding semula di kerusi DUN Tempasuk pada pilihan raya 2004.

 

Beliau bagaimanapun digugurkan daripada bertanding pada pilihan raya
umum pada 2008 dengan tempatnya di DUN Tempasuk digantikan Datuk Musbah
Jamli sehingga pada PRU-13.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons