April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah berkata
janji itu akan ditunaikan jika PAS menang dan beliau dilantik sebagai
perdana menteri.

PETALING
JAYA: PAS berjanji akan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
kepada RM2,500 jika parti Islam itu memenangi pilihan raya umum ke-14
(PRU14).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik Sinar Harian
berkata, janji itu akan ditunaikan jika PAS berjaya menawan Putrajaya
dan beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, beliau pernah
mencadangkan kenaikan kadar BR1M kepada RM2,000 sebelum Barisan Nasional
(BN) mengumumkan manifesto mereka pada 7 April lalu.

“Kalau perasan, Datuk Seri Najib Razak sejak kebelakangan ini,
naikkan jumlah BR1M selepas saya berucap. Sebelum ini saya kata RM2,000,
tapi kali ini saya naikkan lagi RM2,500,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan turut membantu rakyat seperti peladang dan penarik beca.

“Sekarang ini kita bayar melalui Ladang Rakyat RM2,400 setahun, lebih tinggi daripada nilai BR1M sekarang.

“Penarik beca juga menerima bantuan RM1,200 setahun, juga melebihi
BR1M yang diagung-agungkan sesetengah pihak,” katanya dipetik akhbar
itu.

Sabtu lalu, BN ketika mengumumkan manifestonya berjanji akan
menaikkan kadar BR1M dan menambah satu lagi kategori penerima skim
bantuan tunai itu, jika BN menang PRU14.

Najib dilaporkan berkata, kadar BR1M untuk isi rumah berpendapatan
RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM2,000,
manakala isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah pula akan menerima
BR1M berjumlah RM1,500 berbanding RM900 ketika ini.

Katanya, pemberian BR1M untuk orang bujang berpendapatan RM2,000 ke
bawah, akan ditambah RM150 kepada RM600, berbanding RM450 sekarang dan
penambahan satu kategori baharu untuk isi rumah berpendapatan RM4,000
hingga RM5,000 yang akan mendapat RM700.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons