April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MALAYSIAKINI

   

PRU14 | Keputusan Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman untuk
tidak bertanding dalam PRU ke-14 menimbulkan spekulasi parti itu
berdepan krisis di negeri itu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, apatah lagi
pengumuman mengejutkan itu ketika lawatan Datuk Seri Najib Razak di
sana.

Beliau mempersoalkan waktu pengumuman dibuat di saat PRU ke-14 –
dikatakan ibu segala pilihan raya – akan berlangsung tiga minggu dari
sekarang.

Baginya, ia memberikan petanda ada sesuatu berlaku dalam kepimpinan
Umno Pulau Pinang memandangkan Zainal adalah tokoh veteran dan diberi
tanggungjawab menjaga hak Melayu di negeri itu.

“Namun mesej yang disampaikannya menunjukkan Umno dan BN tiada keyakinan untuk merampas semula Pulau Pinang,” katanya (gambar) kepada Malaysiakini.

“Saya percaya Zainal boleh melihat sendiri kerajaan negeri, melalui PKR, telah berjaya menjaga kedudukan Melayu di Pulau Pinang.

“Beliau juga boleh melihat hak Melayu di negeri itu dijamin dan
dijaga sepanjang sepuluh tahun pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN),”
katanya lagi.

Saifuddin mengucapkan selamat maju jaya kepada Zainal dan berkata
“PKR sentiasa mengamalkan pendekatan terbuka” jika beliau mengubah arah
politiknya.
 
Ketika mengiringi Najib di Balik Pulau semalam, Zainal mengeluarkan kenyataan media mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya kali ini.

Karakter yang baik

Zainal berkata telah memaklumkan hasratnya kepada Najib sejak dua
tahun lalu dan mencadangkan ‘muka baru’ dicalonkan di kerusi parlimen
Nibong Tebal.

PKR menang di Nibong Tebal pada PRU 2008 dan 2013. Kerusi itu disandang Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

Pada 2013, Zainal yang juga bekas timbalan menteri tewas dengan Mansor dengan perbezaan 8,598 undi.

Saifuddin yang juga penasihat strategik Ketua Menteri sementara Lim
Guan Eng berkata Zainal memiliki karakter yang baik, walau mungkin
kurang agresif untuk menempuhi perkembangan sekarang dalam Umno dan BN.

“Parti itu kini berdepan masa sukar, selepas pertentangan antara
Najib dan bekas perdana menteri dan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir
Mohamad,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons