April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

JOHOR BAHRU: Mesej viral mengatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku
Ismail Sultan Ibrahim, akan memberi bantuan di beberapa pasar raya,
semalam, menjadi kes pertama disiasat polis mengikut Akta Antiberita
Tidak Benar 2018 yang dikuatkuasakan kelmarin.

 

Mesej mendakwa TMJ akan memberi bantuan sehingga RM200 di Pontian dan
beberapa daerah lain viral di media sosial, menyebabkan keadaan menjadi
kelam-kabut di beberapa pasar raya.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata pada jam 10
pagi kelmarin Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menerima maklumat
kehadiran orang ramai di pasar raya Econsave Pontian selepas mesej
mendakwa TMJ akan memberi bantuan menjadi viral.

 

“Hasil siasatan mendapati mesej itu adalah palsu dan penyebaran
maklumat seumpama itu turut dikesan di beberapa lokasi lain di negeri
ini.

 

“Berikutan itu, kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan boleh didenda
maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

 

“Seseorang itu juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan
diteruskan selepas disabitkan bersalah,” katanya dalam satu kenyataan,
hari ini.

 

Orang ramai menyerbu pasaraya Econsave di Pontian setelah tularnya
berita bahawa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang
dikatakan akan membelanjakan sejumlah wang kepada rakyat yang berada di
Econsave semalam. – Foto Ihsan Enconsave

 

Mohd Khalil berkata, selain itu, polis Johor menjalankan siasatan
mengikut Seksyen 4 Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang disabitkan
kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga enam
tahun.

 

Beliau berkata, jika kesalahan itu masih diteruskan selepas disabitkan
bersalah, seseorang itu boleh didenda sehingga RM3,000 selama kesalahan
masih berlaku.

 

Berikutan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai menyemak
kesahihan berita dan jangan mudah percaya apa yang diterima di media
sosial.

 

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, pengendali
media sosial atau portal berita yang menulis dan menyebarkan laporan
palsu, menyakitkan hati, jelik atau menyentuh sensitiviti mana-mana
pihak.

 

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons