April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Hilang keyakinan dan hanya memperjuangkan agenda politik pemimpin
tertentu menjadi punca 281 ahli PPBM Pasir Salak bertindak keluar parti.

Perkara itu diluahkan oleh bekas Penolong Pendaftar PPBM, Zainal
Abidin Hussin yang mengetuai ahli-ahli PPBM keluar parti dan menyertai
UMNO semula menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

“Apa yang membuat kami semua keluar daripada PPBM kerana kami telah
hilang keyakinan terhadap pemimpinnya yang hanya inginkan jawatan. Kami
telah berpakat untuk keluar daripada PPBM.

“Kami tidak mahu lagi berpolitik dalam parti itu dan lebih baik bagi
kami pulang kepada UMNO, parti yang menjadikan diri kami dari dahulu
hingga kini.

“Dalam PPBM ini, berebut-rebut kuasa, perebutan jawatan. Jadi kami di
peringkat bawahan tertanya-tanya ke mana arah kami nak pergi sekiranya
mereka berebut-rebut di peringkat atasan,” katanya selepas menyerahkan
borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri
Tajuddin Abdul Rahman di Pasir Salak, Sabtu malam.

Majlis penyerahan borang keahlian itu
turut dihidangkan dengan gimik apabila Zainal Abidin bertindak melempar
borang-borang keahlian PPBM milik peserta yang lain dan menyerahkan
borang keahlian UMNO kepada Tajuddin

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, pintu UMNO sentiasa terbuka
menerima ahli PPBM yang telah melakukan kesilapan menyertai parti
serpihan UMNO yang disifatkan sebagai parti orang kecewa.

“Saya menerima sahabat-sahabat baru dalam berjuang dengan kita dalam
menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak berapa lama lagi.

“Tadi sebanyak 281 borang dan saya percaya lebih ramai lagi untuk
meninggalkan parti-parti dalam Pakatan Harapan dan menyertai Barisan
Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari lagi,” ujarnya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons