April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BUTTERWORTH 15 April – Barisan Nasional (BN) negeri ini menggariskan enam teras utama dengan 60 aku janji dalam manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dilancarkan pagi ini.

Bertemakan ‘Selamatkan Pulau Pinang’, manifesto itu menjadikan penyelesaian masalah banjir dan penggondolan bukit sebagai teras pertama.

Teras lain adalah isu penyelesaian masalah perumahan rakyat; masalah kesesakan lalu-lintas dan pembangunan ekonomi.

Turut dimasukkan sebagai teras manifesto itu adalah pembangunan kesejahteraan rakyat dan penggalakan sektor pelancongan dan warisan.

Sementara itu, berucap ketika melancarkan manifesto tersebut, Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, manifesto berkenaan dirangka dengan mengambil kira pandangan serta maklum balas kesemua parti komponen BN yang bergerak mengumpul maklum balas daripada rakyat.

Jelas beliau, manifesto itu juga bukan hanya janji semata-mata, tetapi akan dipastikan dapat dilaksanakan menerusi mandat yang diberikan oleh rakyat.

“Manifesto ini juga bukan hanya mengambil kira faktor masa untuk dilaksanakan, tetapi keikhlasan dan kesungguhan kita untuk berbakti kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran manifesto BN negeri di sini hari ini yang dihadiri barisan kepemimpinan komponen parti tersebut termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons