April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Dasar tender terbuka bagi semua perolehan, perbekalan dan projek kerajaan negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Menurut Laporan Ketua Audit Negara, kerajaan negeri berjaya menyempurnakan 99.75% projek dengan membelanjakan hanya 55% daripada jumlah yang diperuntukkan. Ini adalah akibat penjimatan yang dibuat daripada tender terbuka.

Apabila kontraktor Melayu berjaya memenangi 90% daripada semua kontrak kerajaan negeri Pulau Pinang melalui sistem tender terbuka, MCA mendakwa kerajaan negeri anti-Cina kerana menyokong kontraktor Melayu. Pada masa yang sama, UMNO mendakwa kerajaan negeri anti-Melayu kerana melaksanakan dasar tender terbuka yang berdaya saing.

Hakikatnya, kerajaan negeri Pakatan Harapan bukan anti-Cina atau anti-Melayu, hanya anti-rasuah!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons