April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pemimpin Dewan Ulama, Mohd Asri dan bekas pemimpin Pemuda PAS, Mohd Nuri, mendahului pilihan merampas kerusi Husam.

Asri dan Nuri disebut-sebut sebagai pencabar Husam di DUN Salor. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Dua nama disebut-sebut sebagai pencabar pemimpin Amanah
Kelantan, Husam Musa yang diumumkan akan mempertahankan DUN Salor,
menurut sumber parti.

Mohd Asri Mat Daud, setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan
dan Mohd Nuri Yaacob, timbalan pengarah Majlis Tindakan DUN Salor
mendahului pilihan untuk merampas kerusi itu.

Kedua-duanya juga mempunyai tempat dalam PAS. Asri merupakan ketua
penerangan Dewan Ulama manakala Nuri pula bekas pimpinan Pemuda PAS
Kelantan.

Pertarungan ini menjadi tumpuan kerana dalam kalangan ahli Amanah,
Husam dilihat sebagai pemimpin harapan parti serpihan PAS itu, dan
barangkali calon menteri besar Kelantan jika Kelantan ditawan.

Husam mempertahankan DUN Salor sejak 2008, dengan majoriti yang tidak
menunjukkan perbezaan besar dalam PRU12 (3,232) dan PRU13 (3,683).

Nuri ketika dihubungi berkata Husam membina kekuatan politiknya sebelum ini atas bahu jentera PAS.

“Kalau kita tengok seluruh negara, jentera parti paling komited ialah
PAS dan parti lain menumpang jentera PAS. Apabila Husam tanding atas
tiket parti lain, saya rasa, perkara sama akan berlaku,” katanya.

Suatu ketika dulu, pada 2013, Nuri antara 150 penyokong Husam yang
menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk
Ahmad Yakob apabila nama Husam digugurkan daripada saf kepimpinan
negeri.

“Kalau dia lawan PAS, kita lawan beliau,” kata Nuri.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas tentang ura-ura namanya naik dalam calon pilihan PAS bagi DUN Salor.

“Saya hanya pengarah pilihan raya dan fokus pada kerja di sana. Soal calon kita serah sepenuhnya pada pimpinan,” katanya.

Pilihan raya akan datang akan menjadi kali pertama buat Nuri dan Asri jika mereka dicalonkan.

Selain Husam, PAS juga bakal berdepan Barisan Nasional (BN) yang dijangka mencalonkan Datuk Noordin Awang atau Samsuddin Yussof.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons