April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BATU PAHAT 15 April- Empat lelaki dipercayai ahli kumpulan ‘Pick Ho’ yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dicekup di sebuah inap desa di Kampung Merdeka, di sini pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 pagi itu, keempat-empat suspek yang berusia 43 hingga 59 tahun juga ditahan ketika sedang khayal dipercayai selepas menghisap dadah jenis syabu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kesemua suspek yang dipercayai aktif sejak akhir tahun lalu disyaki terbabit dalam lapan kes pecah rumah di daerah ini dan satu di Kluang.

“Berdasarkan siasatan awal, modus operandi geng ‘Pick Ho’ ini adalah menyasarkan rumah keluarga Cina yang besar dan mewah serta melakukan kegiatan itu antara pukul 6 hingga 7.30 pagi.

“Suspek dipercayai menunggu penghuni rumah membuka pintu dan terus menyerbu masuk sebelum mengikat mangsa dan melakukan kegiatan samun,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Abdul Wahib berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan Seksyen 395/397 kanun sama kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons