April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya Kad Bantuan Teksi 1Malaysia hanya akan diberikan kerajaan kepada pemandu teksi selepas pilihanraya.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD):

SPAD ingin menjawab segala tohmahan di laman media sosial yang mendakwa kononnya “para pemandu menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya.” Dakwaan terebut adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masing-masing selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada 13 April 2018 di MAEPS, Serdang; malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.

Jika dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis agar penyebar-penyebar berita tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.

SUMBER :

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons