April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Baik kecil mahupun besar perniagaan yang diceburi oleh Dr. Mahathir, semuanya akan lingkup dan mencatatkan kerugian. Tak payah disenaraikan apa perniagaan besar yang ada campurtangan Dr. Mahathir yang akhirnya melingkup, sehinggakan Bank Negara Malaysia pun hampir muflis kerana hampir semua orang tahu.

Dan yang terbaru, perniagaan kedai rotinya pun lingkup juga dengan catatan kerugian puluhan juta ringgit semenjak dari tahun 2005 lagi.

Di sebalik pertunjukan serta peragaan kekayaan dan kemewahan yang ditunjukkan oleh anak perempuan Mukhriz, Mahathir dan Mukhriz ke sana sini mengutip derma untuk perjuangan mereka. Mahathir sendiri terpaksa mengaku yang dia miskin dan tidak kaya walaupun tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini yang ada ladang kuda dan memiliki kuda lumba berjumlah 40 ekor.

Hakikatnya, tanpa projek-projek kerajaan yang diperolehi secara runding terus dan perlantikan ketika Mahathir bergelar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, anak-anak Mahathir tidaklah akan sekaya seperti yang dilihat dan diketahui.

Dan mujurlah, Mahathir bukan lagi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kalau tidak, pastinya ‘kerugian’ yang dialami akan ditebus menggunakan wang negara terutama sekali wang Petronas dan KWSP serta Tabung Haji sebagaimana yang sering diamalkannya.

Berbeza benar dengan Rafizi Ramli.

Perlu diketahui, walaupun Rafizi Ramli merupakan salah seorang pemimpin utama PKR, namun dia kelihatan dan berusaha menjarakkan diri daripada Dr. Mahathir yang sekarang ini merupakan Pengerusi Pakatan Harapan. Beberapa cubaan untuk merapatkan dan membuatkan Rafizi Ramli bekerjasama dengan Dr. Mahathir kelihatan gagal kerana Rafizi Ramli lebih selesa bergerak sendirian.

Sebenarnya, walaupun Rafizi Ramli merupakan seorang ahli politik, hakikatnya Rafizi Ramli adalah seorang ahli perniagaan. Dia tidak perlu jual roti. Dia tidak perlu surat ‘arahan’ daripada bapanya untuk memperolehi kontrak monopoli dengan Telekom Malaysia seperti Mukhriz Mahathir. Dia juga tidak perlukan perlantikan khas ke atas syarikatnya untuk kontrak gas dan petroleum dengan PETRONAS walaupun Rafizi Ramli sendiri memulakan kerjayanya di PETRONAS.

Rafizi hanya perlu berniaga dengan menggunakan air liur. Dan dalam tempoh 2 tahun sahaja, Rafizi Ramli berjaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM8 juta untuk sebuah syarikatnya sahaja.

Perlu diingat, semuanya dilakukan tanpa perlu menggunakan kabel seperti anak-anak Mahathir dan Mahathir sendiri!

Rafizi baru dua tahun lepas menjalankan perniagan dengan menubuhkan sebuah syarikat bernama Invoke Solutions Sdn. Bhd. dengan modal permulaan sebanyak RM500,000 yang menggunakan duitnya sendiri daripada simpanan di Tabung Haji.

Selepas dua tahun menjalankan perniagaan dengan modal permulaan RM500,0000, hari ini Invoke berjaya mengutip perolehan sebanyak RM8 juta. Keuntungan tersebut berkali-kali ganda lebih banyak berbanding bonus Tabung Haji jikalau dia meneruskan simpanannya di agensi tersebut tanpa diganggu gugat.

Perlu diingat, Invoke Solutions bukanlah satu-satunya syarikat yang dimiliki oleh Rafizi Ramli. Rafizi Ramli turut memiliki sebuah lagi syarikat iaitu KEIP Resources Sdn. Bhd yang turut menjana pendapatan lumayan kepadanya.

Selam 12 tahun Mahathir berniaga kedai roti, kerugian yang dialami oleh syarikatnya adalah puluhan juta ringgit. Sedangkan Rafizi Ramli baru 2 tahun berniaga, sudah berjaya menjana pendapatan lebih RM8 juta. Bayangkanlah kalau 12 tahun, berapa pula Rafizi Ramli akan berjaya perolehi pendapatan dan keuntungan.

Dan Rafizi Ramli sekadar berniaga dengan air liur. Tidak ada produk yang dijualnya. Tidak ada perkhidmatan yang didagangkannya. Sekadar air liur!

Dr. Mahathir sepatutnya malu dengan Rafizi Ramli dan perlu belajar bagaimana menguruskan perniagaan dengan baik tanpa perlu bail-out dan wang negara.

Maka tidak hairanlah Rafizi Ramli cuba menjauhkan diri daripada Dr. Mahathir. Kedekut ilmu juga rupa-rupanya taukeh Invoke Solutions ni!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons