April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN :

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan Perak memansuhkan 3,847 hektar hutan simpan di Perak sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, seluas 3,847 hektar hutan simpan dikeluarkan daripada pewartaan pada 1998 untuk tujuan penempatan dan pertanian rakyat.

Katanya, kawasan itu diberikan kepada rakyat yang telah tinggal di kampung-kampung di situ selama 40 tahun, di samping rakyat yang mengusahakan rancangan tanah pertanian berkelompok.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, hasil kajian semula yang dibuat pada 2013 mendapati, jumlah kawasan itu telah dikurangkan.

“Sepatutnya golongan-golongan yang dipanggil ‘environmentalist’ berterima kasih kepada saya kerana mengurangkan lagi kawasan itu dan menyelamatkannya. Tetapi digambarkan saya telah merosakkan kawasan (hutan simpan), sedangkan Perak adalah negeri yang tertinggi sekali yang mengekalkan hutan simpan di Semenanjung Malaysia,”

 

SUMBER : 
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons