April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MIRI 15 April – Padah cuba curi motosikal, seorang lelaki dibelasah di Jalan Marina di sini awal pagi tadi.

Menurut sumber, suspek tersebut berusia kira-kira 30 tahun disedari berada dalam keadaan mencurigakan oleh pemilik motosikal berkenaan pada pukul 2.30 pagi.

“Pemilik motosikal itu kemudian bertindak menghubungi rakan-rakannya untuk membantu menangkap suspek.

“Suspek kemudian berjaya ditangkap malah dibelasah hingga menyebabkannya cedera di bahagian muka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, suspek telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons