April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MALAYSIAKINI
 

   

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu hari ini ditanya
mengenai spekulasi bahawa Nik Omar Nik Aziz akan bertanding di kerusi
DUN Chempaka di Kelantan bagi mewakili parti itu.

Mohamad berkata beliau mendengar khabar mengenai kesediaan anak
kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk bertanding pada
pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tetapi ia belum disahkan secara rasmi.

“Setakat ini saya dengar daripada Kelantan begitu rupa tetapi belum lagi disahkan secara rasmi.
“Tetapi dengar khabar memang begitu. Dia bersedia.

“Kalau betul sah dia akan bertanding, Chempakalah tempatnya,” katanya kepada pemberita di Subang hari ini.


Baca: Nik Omar selangkah lagi sertai AMANAH?


Nik Omar merupakan anak kedua Allahyarham Nik Aziz dan merupakan abang kepada anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh dari PAS.

Awal pagi ini, sumber dari AMANAH Kelantan berkata Nik Omar secara
peribadi telah mengesahkan niat untuk bertanding di DUN Chempaka tetapi
mempunyai beberapa isu yang perlu diselesaikan dengan ibunya.

“Nik Omar tak datang hari ini,” kata sumber itu ketika ditemui di ibu
pejabat AMANAH di Kuala Lumpur ketika Mohamad memberikan taklimat
kepada bakal calon parti berkenaan.

“Sebabnya masih rahsia tetapi InsyaAllah dia akan datang (dan
bertanding). Dia telah sahkan tetapi dia masih mempunyai beberapa isu
yang perlu diselesaikan dengan ibunya,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa ibu Nik Omar dan Nik Abduh, Tuan
Sabariah Tuan Ishak, tidak memberikan restu terhadap keputusan tersebut.

Bagaimanapun, Malaysiakini hari ini melaporkan Nik Abduh menafikan abangnya itu akan menyertai AMANAH.

LIHAT VIDEO DI SINI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons