April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


HULU TERENGGANU 15 April -PPBM yang dibubarkan sementara, malam ini mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding di negeri ini.

Entah mengapa dibuat lebih awal sedangkan sebelum ini dikatakan hanya akan diumumkan serentak dengan calon parti-parti lain oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ketua gabungan pembangkang PKR itu bersama para pemimpin utama dijadual berada di negeri ini pada 26 April ini.

Apatah lagi, ketika bekas Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris mengumum dan memperkenalkan calon, masih ada dua daripada 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan untuk parti itu belum dapat diputuskan nama calonnya dan masih dicari.

PPBM mempertaruhkan hampir kesemua calon bukan berlatar belakangkan politik untuk bertanding di kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kecuali calon bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu yang meletakkan Razali yang sebelum ini merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang.

Razali, 51, pernah bertanding atas tiket UMNO melawan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi kerusi DUN Rhu Rendang pada PRU-12 tahun 2008 namun tewas.

Calon lain PPBM yang diketengahkan bagi kerusi DUN ialah Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut), Ismail Abdul Kadir (Hulu Besut), Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan (Tepuh), Datuk Zulkifli Mohamad (Ladang).

Aidi Ahmad (Pengkalan Berangan), Zamani Mamat (Ajil), Mohamad Arif Arifin (Bukit Besi) dan Datuk Wan Marzuki Wan Sembok (Kijal).

Dua lagi calon Parlimen ialah Datuk Ir. Wan Nazari Wan Jusoh (Besut) dan Datuk Dr. Mohd. Faudzi Musa (Setiu).

Namun kerusi DUN iaitu Langkap dan Batu Rakit masih belum dapat diisi calonnya.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Razali berkata, kecuali beliau, kesemua calon yang diketengahkan bagi menghadapi PRU-14 adalah kalangan muka baharu dan tiada pengalaman dalam dunia politik.

Katanya, mereka terdiri dalam kalangan profesional termasuk jurutera, doktor, ahli perniagaan selain bekas pegawai tadbir negeri.

“Kita pilih calon yang boleh menang dengan tidak hanya tertumpu kepada generasi muda atau tua semata dan kita yakin boleh menang di kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Ditanya mengenai dua lagi kerusi DUN yang belum dapat diisi, beliau berkata, pihaknya masih meneliti calon yang paling layak bagi mengisi kekosongan itu dan soal itu dijangka selesai dalam sehari dua ini.

Pemilihan dilihat hanya atas tiket profesional tanpa mengambil kira ketokohan dan pengaruh hubungan setempat, apatah lagi sebilangannya bukan anak tempatan dan mengundi di kawasan lain sebelum ini.

Ramai yang dikatakan tidak mempunyai sentuhan dengan masyarakat setempat, dan berasaskan penentuan kerusi bagi PPBM di kawasan kubu kuat UMNO, ada kalangan daripada kira-kira lebih 30 orang yang turut hadhir di ibu pejabat PPBM itu bercerita tentang ‘balik awal’. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons