April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN :

Perdana Menteri Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa pelbagai projek kerjasama dengan negara China adalah tidak baik untuk negara dan ia sewajarnya dihentikan, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hasrat sesetengah pihak untuk membatalkan kontrak-kontrak seperti East Coast Rail Line (ECRL) dengan negara China adalah suatu langkah yang “tidak siuman”, kerana negara itu telah menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk dalam industri kayu-kayan, minyak kelapa sawit, pengeksportan durian dan sarang burung walet.

“China merupakan negara yang menguruskan perdagangan terbesar dan juga rakan dagang Malaysia terbesar, dengan nilai lebih RM100 bilion setahun. Selain membeli kayu-kayan dan perabot, mereka juga mengimport barang lain seperti elektronik, sarang burung dan Musang King. Cuba bayangkan kalau kita merenggangkan ataupun mengeruhkan hubungan dengan China. Kalau China tak beli minyak sawit kita, perabot kita, katu-kayan kita, siapa akan rugi? Rakyat Malaysia yang akan rugi.”

SUMBER :

Astro Awani

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons