April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SHANGHAI 15 April – Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo mencatat kemenangan sensasi dalam Grand Prix China hari ini iaitu kejuaraan keenamnya dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

Pelumba Australia itu memulakan saingan dari kedudukan keenam, namun berjaya mengambil kesempatan ketika kereta keselamatan memasuki trek pada pusingan ke-31 untuk menukar tayar baharu.

Dia merampas kedudukan pendahulu di pusingan ke-45 selepas memintas pemandu Mercedes, Valtteri Bottas.

Bottas menamatkan saingan di tangga kedua, manakala Kimi Raikkonen dari Ferrari di tempat ketiga.

Pemandu utama Ferrari, Sebastian Vettel yang memenangi dua perlumbaan pertama musim ini sekadar berada di tempat kelapan biarpun bermula dari petak pertama.

Pemandu Jerman itu turut mengalami kemalangan kecil menyebabkan dia gagal menaiki podium.

Juara dunia, Lewis Hamilton menamatkan cabaran di tempat kelima untuk memperbaiki pungutan mata keseluruhan kepada 43, 11 mata di belakang Vettel. Bottas di tempat ketiga dengan 40 mata. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons