April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BENTONG 15 April – Kami Anak Felda (KAF) bersama penduduk di tiga gugusan Felda iaitu Felda Chemomoi, Felda Kemahal dan Felda Kemasul di sini menyatakan solidariti terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan KAF, Datuk Amizar Abu Adam berkata, sehubungan itu masyarakat Felda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di sini mahukan Adnan terus bertanding di DUN Pelangai dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

“Saya mewakili sahabat-sahabat di KAF Felda Chemomoi, Felda Kemasul dan juga Felda Kemahal ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Adnan Yaakob selaku Menteri Besar.

“Kita mengharapkan beliau terus memimpin sebagai Menteri Besar dan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai pada PRU-14 kerana beliau merupakan calon terbaik,” katanya di sini hari ini.

Menurut Amizar, karisma yang ada pada Adnan membuatkan beliau berjaya menyatupadukan komponen BN negeri dan memperkasakan lagi UMNO.

Katanya, sikap Adnan yang mesra rakyat dan mudah didekati juga membuatkan beliau amat disenangi segenap lapisan masyarakat.

Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong mula bertanding di DUN Pelangai pada 1986 dan telah memenangi kerusi itu sebanyak tujuh kali.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Adnan mempertahankan kerusi DUN berkenaan apabila mendapat 6,245 undi menewaskan calon Pas, Abdul Hamid Bahatim yang memperoleh 3,770 undi. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons