April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Sumber PPBM berkata, Abdul Rashid Abdul Rahman akan
memainkan peranan penting jika Pakatan Harapan berjaya merampas Kelantan
daripada PAS.

Naib Presiden PPBM, Abdul Rashid Abdul Rahman mungkin dicalonkan di kerusi DUN Kota Lama.

PETALING JAYA: Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
dijangka bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan,
walaupun spekulasi sebelum ini mengatakan beliau akan dicalonkan di
kerusi Parlimen, kata sumber parti itu.

“Bekas ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu akan memainkan
peranan penting jika Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas kuasa
daripada PAS,” kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Sumber itu berkata, Rashid yang juga ketua PPBM bahagian Kota Bharu
mungkin bertanding di kerusi DUN Kota Lama di bawah Parlimen Kota Bharu.

Kubu PAS itu kini dipegang exco Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah.

DUN Kota Lama ialah satu-satunya kerusi campuran di negeri itu dengan pengundi Melayu terdiri daripada 63% dan Cina 34%.

Parti komponen PH, iaitu PPBM, PKR dan Amanah dijangka berdepan
pertandingan 3 penjuru di semua 45 kerusi DUN dengan calon PAS serta
Barisan Nasional di Kelantan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons