April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEBERANG JAYA – Sokongan rakyat Pulau Pinang tidak kira Melayu, Cina dan India berkemungkinan besar boleh beralih arah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) seandainya mereka mahukan kestabilan, kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik.

Realitinya, selama hampir 40 tahun kerajaan BN telah menjadi tulang belakang kepada kemakmuran yang di kecapi oleh rakyat di negeri selama beberapa generasi dan kini ianya seolah-olah terhakis selepas kerajaan DAP mengambil alih sejak 10 tahun lepas.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, rata-rata penduduk Pulau Pinang sedia maklum tentang jasa dan sumbangan selain daripada perubahan ‘negatif’ yang sedang cuba dibawa oleh kerajaan DAP di negeri ini.

Jelasnya, hampir 51 janji kosong serta retorik yang tidak mungkin boleh dijadikan realiti dalam jangka masa kerajaan DAP memerintah dua penggal ini sebaliknya semua itu omongan bagi menangi hati pengundi untuk mengundi mereka selain menidakkan jasa BN.

“Seandainya masyarakat Pulau Pinang mahukan perubahan sebenar dan bukan retorik seperti yang di janjikan oleh kerajaan DAP, mungkin sokongan itu akan beralih arah kepada kita.

“Masyarakat Cina sebenarnya mahukan perubahan konsisten. Mereka mahukan pembangunan ekonomi yang stabil, mereka juga golongan yang menolak penyewelengan kuasa dan mendesak untuk ketelusan dalam kepimpinan.

“Jika itu yang dikehendaki oleh mereka, mereka juga akan nampak realiti sebenar dan kepimpinan yang sedang diterajui oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang kini terpalit dengan pelbagai isu namun semuanya dianggap seolah-olah tidak benar dan dirinya kebal dari undang-undang.

“Biar rakyat Pulau Pinang sendiri menilai siapa sebenarnya diri beliau. Selama memerintah apakah sebenarnya jenis sumbangan atau janji yang sentiasa di tabur itu pernah dijadikan realiti. Biarkan mereka menilainya sendiri.

“Untuk kerajaan BN di Pulau Pinang, kami akan terus memperjuangkan nasib serta kehendak rakyat tidak kira kita menang atau kalah. Jika menang, setiap 60 tawaran melalui enam teras utama kita dalam manifesto kali ini akan ditunaikan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

“Jika tidak, kita akan terus berjuang untuk menghentikan mana-mana inisiatif dan projek yang pada dasarnya hanya akan menguntungkan kerajaan DAP dan sekutunya dan tidak memberi apa-apa kepada rakyat. Kita akan pertahan dan perjuang tidak kira apa jua,” katanya kepada theRakyat.



Chang Yeow yang baru sahaja melancarkan Manifesto BN Pulau Pinang dengan tema ‘Selamatkan Pulau Pinang’ secara terbuka berkata, ianya bukan sekadar janji Pilihan Raya Umum (PRU) sebaliknya aku janji serta ikrar BN kepada rakyat.

“Guan Eng dan sekutunya asyik tampil dengan tema ‘Selamatkan Malaysia’, negara bukan di ambang kemusnahan sehingga mereka terpaksa selamat ia sebaliknya Pulau Pinang memang sebenarnya ‘hampir’ musnah kerana kemaruk kuasa pentadbiran kerajaan DAP.

“Kita mahu selamatkan Pulau Pinang daripada terus di musnahkan. Bayangkan, mereka pecah rekod apabila insiden banjir sebanyak 103 kali dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Bagaimana ini boleh berlaku jika bukan kerana kerakusan mereka lakukan pembangunan tidak henti-henti sehingga mengabaikan persekitaran?

“Mungkin Pulau Pinang ini akan hilang jika biarkan mereka berterusan melakukan pembangunan dan kemusnahan hutan. Kawasan seperti Pulau Jerejak sebagai hutan simpan dan tiada pembangunan tetapi sebenarnya sudah ada banyak projek telah mendapat kelulusan.

“Jika mahu berikan contoh beserta bukti kukuh kita boleh berikan, setiap janji itu telah di rekod dan di simpan bagi tatapan rakyat di negeri ini, memang ‘syok’ untuk berjanji segala macam di hadapan ribuan rakyat ketika berucap, hakikat sebenarnya semua tipu belaka,” tegasnya.

Dalam pada itu, Chang Yeow juga mendedahkan, rata-rata penduduk Melayu dan India khususnya sudah semakin muak dengan agenda peribadi kerajaan DAP selama 10 tahun kebelakangan ini.

Masyarakat India sudah sebulat suara, rata-rata mereka tahu kebenaran. Mereka sudah muak. Mereka juga tahu kebenaran sebenar kerajaan BN telah banyak membantu mereka sejak awal lagi dan tidak pernah berhenti. Komuniti ini tahu apa yang perlu di lakukan.

“Pengundi Melayu juga tahu kepentingan bumiputera yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan BN selama ini dan ianya tidak langsung di pandang oleh kerajaan di tadbir DAP.

“Retorik Tun Mahathir yang cuba mempengaruhi masyarakat ini tidak akan menjadi kerana mereka juga siapa beliau sebelum ini. Masyarakat Melayu juga perlu seiring dengan perubahan antarabangsa sekiranya tidak mahu ketinggalan jauh di belakang,” ujarnya.

Enam teras utama yang diberi penekanan dalam manifesto BN adalah penyelesaian masalah banjir dan bukit botak dalam tempoh tiga setengah tahun, menyelesaikan masalah perumahan rakyat dalam tempoh lima tahun, menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dalam tempoh tiga tahun, pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat, dan pelancongan warisan.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Chang Yeow berkata, manifesto yang dibentang pakatan pembangkang hanya semata-mata janji kosong kepada rakyat, selain ingin mengejar populariti.

Pakatan pembangkang bagi janji ibarat ‘tiada esok bagimu’. Selama 10 tahun DAP tadbir Pulau Pinang, mereka hanya tadbir tanpa satu plan induk yang kukuh, kerana itu kita perlu selamatkan Pulau Pinang daripada terus hancur dibawah DAP,” katanya.

Antara tawaran yang mendapat perhatian adalah pembatalan projek terowong dasar laut antara Bagan Ajam dan Persiaran Gurney, dan parkir percuma bagi 2 jam pertama di petak letak kereta tepi jalan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

BN Pulau Pinang juga akan memperkenalkan dana khas kepada pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan pertama kali, sebanyak RM2,000. – theRakyat













Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons