April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Roketkini.com

Penyandang Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, berkata
UMNO-Barisan Nasional (BN) akan kehilangan undi akibat kegagalan mereka
menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan rakyat.

Beliau berkata demikian membidas kenyataan penyandang Parlimen Tasik
Gelugor Datuk Shahbudin Yahaya yang mendakwa pengundi Melayu yang
menyokong pembangkang akan kembali kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurutnya, kenyataan Shabudin itu hanya membuktikan bahawa
pemimpin-pemimpin UMNO langsung tidak memahami realiti sebenar rakyat.

Zairil turut memetik kenyataan pengarah urusan rantaian pasar raya
Mydin, Dato’ Wira Ameer Ali Mydin, di BFM baru-baru ini yang menyatakan
bahawa sektor runcit di Malaysia dijangka menghadapi masa sukar.

Katanya, kenyataan itu dibuat berdasarkan hakikat bahawa jualan
runcit dan pasar raya telah menurun secara konsisten dalam masa satu
tahun yang lalu, walaupun KDNK Malaysia menunjukkan angka pertumbuhan
positif.

Menurut Ameer, salah satu sebab utama penguncupan ini adalah inflasi.

“Merujuk 150 item asas di kedai-kedainya, beliau mendedahkan bahawa
harga jualan telah naik lebih daripada 14 peratus dalam tempoh lima
tahun yang lalu. Ini termasuk barangan isi rumah asas seperti kubis yang
meningkat 29 peratus, ikan kembung hitam (19.5 peratus), sos cili Maggi
(38.8%) dan sardin jenama Ayam (30.6 peratus).

“Ini jauh berbeza berbanding statistik indeks harga pengguna rasmi yang diterbitkan oleh Kerajaan,” kata Zairil.

Kata Zairil, data membimbangkan daripada Mydin ini menunjukkan bahawa
B40 atau 40 peratus isi rumah terbawah di negara kita terhimpit dengan
kenaikan kos sara hidup.

Ia katanya diakibatkan secara langsung dan tidak langsung oleh dasar
BN sejak lima tahun yang lalu. Ini termasuk pelaksanaan GST pada tahun
2015, pemansuhan subsidi bagi petrol, gas, minyak masak dan gula, serta
kelemahan ringgit berikutan skandal kewangan 1MDB.

“Dengan keadaan sebenar ekonomi yang mengerikan ini, adalah sangat
mengejutkan apabila Shabudin dan pemimpin UMNO lain berani menganggap
bahawa mereka akan memenangi lebih banyak undi, terutamanya daripada
orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk sebahagian besar B40.

“Sebenarnya, adalah hampir pasti bahawa pengundi secara besar-besaran
akan menjauhi BN yang jelas telah menghampakan mereka, dan sebaliknya
memilih kerajaan baru yang komited untuk menangani isu sara hidup semua
rakyat Malaysia,” katanya lagi. – Roketkini.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons