April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tan Sri Rafidah Aziz meletakkan jawatan sebagai pengerusi Supermax Corporation Berhad selepas pengarah urusan syarikat itu Datuk Seri Stanley Thai memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyokong pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) 2013.

Thai berdepan hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan bersalah kerana berkongsi maklumat bukan awam berkaitan saham sebuah syarikat dan kini sedang dalam proses membuat rayuan.

“Susulan permohonan maaf oleh Stanley Thai kepada perdana menteri atas apa jua yang dia lakukan pada PRU13, saya meletakkan jawatan sebagai pengarah pengarah dan pengerusi Supermax Corporation, berkuatkuasa 14 April.

“Meskipun dia berhak buat apa saja yang dia rasa perlu, saya tidak berkongsi sentimen sama,” katanya kepada Malaysiakini.

Rafidah berkata, tindakan menyokong mana-mana parti politik adalah hak demokratik.

“Saya pegang teguh nilai dan prinsip integriti, kejujuran dan menjalankan hak saya untuk menyokong mana-mana parti politik dan bersuara berkenaan apa-apa isu kepentingan awam dan tidak gentar dengan ugutan daripada sesiapa sekiranya saya bercakap benar,” katanya.

Dalam satu kenyataan pada Bursa Malaysia hari ini, Supermax berkata Rafidah meletakkan jawatan pada 14 April atas “sebab-sebab peribadi”.

Sabtu lalu, Thai membuat sidang media untuk memohon maaf secara rasmi kepada Najib.

“Saya menyesal pada PRU13, saya percaya saya dipengaruhi pembangkang. Sebagai ahli perniagaan saya tidak seharusnya terlibat dalam politik dalam apa jua keadaan, dan saya menyesal,” katanya.

Selepas keputusan PRU13, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual kepentingannya dalam Supermax.

Dalam wawancara bersama Bloomberg pada 2014, Thai berkata dia menyokong pembangkang “untuk melindungi masa depan anak-anak saya”.

Katanya, orang Cina sudah tidak takut melawan BN selepas pakatan itu terjejas teruk pada PRU 2008.

Rafidah, bekas menteri, sebelum ini mengecam Najib secara terbuka berhubung skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi pengerusi BN itu.

Najib mendakwa wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya merupakan “derma” dari penderma Arab dan wang itu telah dipulangkan.

Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk kepentingan sendiri.

Peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini membersihkan nama Najib dari salah laku. – mk



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons