April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA PILAH 16 April – Hasrat seorang pesakit saraf yang telah terlantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah di sini sejak 13 tahun lalu untuk bertemu Menteri Besar Negeri Sembilan tercapai hari ini.

Ini berikutan selepas Datuk Seri Mohamad Hasan meluangkan masa melawat pesakit berkenaan, Siti Nurul Hidayah Mohd. Sofi, 20, di hospital itu petang tadi.

Remaja perempuan itu terlantar akibat penyakit saraf dikenali sebagai Cervical Cord Myelopathy yang kritikal selepas terjatuh di dalam bilik air pada tahun 2005 ketika berusia enam tahun.

Menurut ibunya, Dayang Lohani Awang Zain, 51, anaknya itu telah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan Mohamad.

“Selalu dia sebut, nak jumpa Tok Mat (panggilan terhadap Mohamad) setiap kali melihat video ucapan Tok Mat. Tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menunaikan hasratnya itu.

“Semalam, anggota veteran askar telah datang melawatnya dan telah merakam video anak saya menyatakan hasrat untuk jumpa Tok Mat dan tidak sangka hari ini Tok Mat datang,” katanya di sini.

Mohamad yang baru selesai menghadiri program di Jempol mengambil kesempatan bertemu dengan remaja itu selama kira-kira 20 minit.

Dayang Lohani menyatakan rasa terharu atas kesudian Mohamad singgah bertemu anaknya itu.

“Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Tok Mat. Saya tahu anak saya gembira kerana tidak lekang senyumannya sejak bertemu Tok Mat tadi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons