April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN :

Timbalan Perdana Menteri Malaysia memperjelaskan mengenai kenaikan harga barangan di pasaran sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kenaikan harga barangan di pasaran bukanlah disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), sebaliknya oleh kartel atau orang tengah yang mengejar keuntungan berlebihan.

Beliau berkata Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (MTSHN) yang telah bersidang sebanyak dua kali baru-baru ini mendapati tindakan memanipulasi harga oleh golongan terbabit merupakan punca utama kenaikan harga barangan di pasaran.

“Memang benar ada kenaikan daripada kos pengeluaran, pengimportan disebabkan berlakunya pertukaran wang kerana ketika itu wang kita agak rendah berbanding mata wang Amerika Syarikat. Tetapi sekarang nilai mata wang kita telah meningkat, tetapi kenapa harga barangan tidak turun? Ertinya kartel memainkan peranan sebagai orang tengah ambil margin (keuntungan) yang banyak, saya tak mahu musuh dengan mereka, tapi saya mewakili rakyat minta kartel atau orang tengah ini jangan salahkan kerajaan dan jangan jadikan rakyat mangsa serta meracuni fikiran mereka untuk membenci kerajaan.”

SUMBER : 

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons