April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh : Mohd Ariff
 
Kenapa Pas (Gagasan Sejahtera) Tidak Mampu Menjadi Kingmaker & Undi Pas Adalah Sia-Sia

Untuk memudahkan, kita reka sebuah parlimen yang mempunyai jumlah undi 50,000. Dan parlimen ini adalah parlimen dengan majoriti 90% Melayu, dan 10% bukan Melayu.



Ada tiga parti yang bertanding : BN, PH dan PAS.

BN pada kebiasaannya mempunyai sokongan lebih 50% pengundi Melayu. Kita ambil penicapaian terburuk BN dalam mendapat undi Melayu, sekitar 40%. Mudahnya, walau apapun, masih ada 40% pengundi Melayu yang akan setia dengan BN. 


Katalah PAS tersangatlah kuat di Parlimen ini, dan mampu mendapat peratus undi yang sama seperti BN. 40% undi Melayu. Dan baki 20% pada PH.

Dari sini, BN = 18,000 undi
Pas = 18,000 undi
Dan PH = 9,000 undi

Untuk undi bukan Melayu, mengikut rekod sokongan bukan Melayu adalah sangat kuat pada PH. Kita letak 80%.

BN katalah mendapat 18.5%.
Dan Pas 1.5% 


Dan dari sini, BN = 925 undi
Pas = 75 undi
PH = 4,000 undi

Jumlah undi total :

BN = 18,925 undi
PAS = 18,075 undi
PH = 13,000 undi


Kita andaikan tiada #undirosak
Dan pemenangnya adalah BN, dengan majoriti 850 undi.

Model di atas adalah untuk satu kerusi yang 90% majoriti Melayu, dengan andaian sokongan pada PAS 40%. Dan dengan andaian setinggi ini pun Pas masih gagal memenangi kerusi yang ditandingi. Lalu bagaimana pula dengan kerusi yang lebih bercampur? 80-20, atau 70-30? Anda buatlah kiraan sendiri.

Di dunia realiti, sokongan pada Pas adalah sekitar 5% ke 10% untuk kawasan bandar, 5% ke 20% untuk semi-urban, dan sekitar 25% untuk luar bandar. Paling-paling kuat pun mungkin 30% hingga 35% di sesetengah kawasan. Dan sokongan dari bukan Melayu terhadap Pas mungkin kurang dari 1%.

Untuk BN pula, sokongannya pada pilihanraya ini dijangka sekitar 40%. Dan mungkin ada defisit 5% lagi disebabkan faktor Tun Mahathir. Tapi sudah tentulah kalau tidak mengundi BN disebabkan tarikan Tun Mahathir, orang ini tidak akan mengundi Pas.

Kesimpulannya, apakah Pas mampu memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi dan menjadi kingmaker? Nak menang satu pun rasanya macam susah.

Jadi apa yang pengundi Pas akan dapat? Keredhaan Allah dan pahala (mengikut kata sesetengah ustaz), dan kemungkinan Datuk Seri Najib memerintah untuk sepenggal lagi. Kelantan? Selamat mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru, Tok Pa!

*Model di atas tidak terpakai jika ada malaikat turun mengundi

#pru14 #MalaysiaMemilih



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons