April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononya kerajaan Persekutuan  bankrap serta tidak mampu menyediakan rumah kos rendah buat golongan berpendapatan rendah.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jika benar kerajaan bankrap, kerajaan tidak akan mampu membina rumah dan menjualnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana pada harga jauh lebih rendah dari kos.

Menurutnya lagi, perkara itu dibuktikan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pelbagai agensi dalam membina menjual rumah pada harga lebih rendah daripada kos, sepertimana Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lenggong yang akan dibina berjumlah 500 unit, yang keseluruhannya menelan belanja RM94 juta.

“Mana ada pemaju buat rumah kosnya RM194,000 dan jual RM35,000? Hanya kerajaan yang tidak bankrap saja yang boleh jual menjual rumah RM35,000 walaupun dibina dengan harga RM194,000 seunit, ertinya kerajaan tak bankrap itu, (sebaliknya) yang mengatakan kerajaan bankrap itu adalah mereka yang berfikiran bankrap.”

SUMBER :

Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons