April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Selepas khabar angin mengatakan Lim Kit Siang bakal meninggalkan
Johor, maklumat terbaru mengaitkan yang veteran DAP itu tidak akan
bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Menurut sumber, masalah kesihatan yang dialaminya mendorong Kit Siang
untuk tidak bertanding dan berehat daripada menjadi wakil rakyat.

“Hampir pasti Kit Siang tidak akan bertanding. Dia hanya memberi
fokus kepada kempen saja demi memastikan Pakatan Harapan (PH) dapat
mencapai kemenangan.

“Faktor kesihatan memungkinkan beliau untuk aktif dalam politik dan
berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebelum ini Kit Siang yang juga penyandang kerusi Gelang Patah
dikatakan akan meninggalkan kawasan berkenaan dan bakal bertanding sama
ada di Perak mahupun Pulau Pinang.

Kit Siang sebelum itu dilaporkan menghidap kanser tahap pertama pada
buah pinggang kirinya selamat menjalani pembedahan bagi membuang tumor
berkenaan.

“Kanser berkenaan memberi kesan kepadanya dan menghadkan pergerakannya untuk aktif berpolitik,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons