April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Merajuk barangkali!. Pada jumaat, Awani melaporkan Pemuda UMNO Wangsa Maju bertindak membekukan semua aktiviti mereka ke satu tarikh yang belum ditentukan kerana kecewa bila mendapat khabar kerusi Parlimen Wangsa Maju diserahkan kepada MCA.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju, Wan Muhammad Azri Wan Deris mendakwa jentera UMNO bahagian tersebut telah bertungkus lumus sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Wan Azri juga mendakwa MCA tidak melakukan kerja-kerja yang sepatutnya untuk bertanding di Parlimen tersebut.

“Kami mendapat makluman awal Wangsa Maju diberikan kepada MCA bertanding jadi kami sebagai UMNO Wangsa Maju yang sudah buat kerja bertahun-tahun dengan macam-macam kerja rasa amat kecewa lah jika MCA bertanding kerana MCA tak buat kerja langsung sejak selepas PRU13 hingga hari ini.

“Tengku Adnan juga pernah berjanji bahawa Wangsa Maju mesti UMNO bertanding, mesti Melayu bertanding jadi janji itu sangat mengecewakan.
 “Namun, kami bukanlah nak sabotaj parti cuma kami ingin menyatakan rasa kecewa kami jika benar MCA diberikan tempat di Wangsa Maju,” katanya seperti yang dipetik dari Awani.


Gambar-gambar bendera Barisan Nasional (BN) yang diturunkan juga tular di laman sosial. Gambar-gambar itu dipercayai merujuk kepada kawasan Wangsa Maju. Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi tentangnya diperolehi setakat ini.



“As-Salam. DUKACITA dimaklumkan segala Program yang melibatkan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju dan Pergerakan Pemuda Umno cawangan-cawangan akan di BEKUKAN Sementara dan di TUNDA pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. 

Kecuali kerja-kerja menurunkan bendera BN di semua PDM, Cawangan2 dan Jalan2 utama sekitar Wangsa Maju, serta-merta Berkuatkuasa MALAM ini. Harap Maklum dan Terima Kasih,” tulis Khairulnoor Khairuddin.

Berdasarkan semakan, individu bernama Khairulnoor Khairuddin merupakan penyokong Pakatan Harapan dan tidak dapat dipastikan dari mana beliau memperolehi kenyataan dan gambar-gambar itu.

Untuk rekod, pada PRU13, calon BN yang diwakili UMNO Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr. Tan Kee Kwong dengan majoriti 5,511 undi.

Pada PRU12, calon BN yang diwakili MCA Datuk Yew Teong Look tewas kepada calon PKR Wee Choo Keong dengan majoriti 150 undi. – 15 April 2018.
 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons