April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MELAKA 16 April – PPBM yang kini dibubarkan sementara mengumumkan parti itu bakal mempertaruhkan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Roslin Husin dan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Dr. Sabirin Ja’afar sebagai antara calon PPBM yang akan bertanding di Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Bekas Anggota Majlis Pimpinan Tertingginya, Mohd. Redzuan Yusof dalam majlis suai kenal calon lewat malam tadi mengumumkan PPBM bakal bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Beliau yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah memberitahu, Roslin akan bertanding di DUN Ayer Limau manakala Sabirin akan bertanding di Parlimen Masjid Tanah yang kini disandang Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Selain itu katanya, Penyelaras PPBM DUN Paya Rumput, Mohd. Rafiq Naizamohideen yang juga Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti akan bertanding di DUN tersebut.

Lain-lain calon PPBM yang akan bertanding di Melaka ialah Riduan Abu Bakar (DUN Lendu); Azalina Abd. Rahman (DUN Sungai Rambai); Zamzuri Ariffin (DUN Asahan) dan Fendi Ahmad (DUN Telok Mas). – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons